Assalamualaikum w.b.t
Dah nak habis dah julai..tapi saya masih setia di Jakarta, sambut Ramadhan dengan housemate yang juga setia bersama saya, Afiqah..hehe..takpe, saya enjoy puasa kat sini, sekurang-kurangnya boleh fokus untuk 'Projek Ramadhan' saya, walaupun lebih bermakna kalau family ada bersama..
Saya bakal pulang nanti, pertengahan Ogos InsyaAllah, walaupun masih lama (lamaaaa, sehari rasanya seperti setahun masa berlalu), saya dah buat persiapan untuk pulang *yeay!* haha..jealous dengan sahabat-sahabat yang pulang labih awal, makanya saya pun tak mahu kalah juga 
Tahu apa acara wajib saya setiap tahun sebelum pulang? ohOo, rasanya ni bukan saya sorang saja, sahabat-sahabat saya yang lain pun mungkin setuju dengan saya..TANAH ABANG!.. tempat wajib pergi. kalau tak singgah, balik nanti serba salah..faham-faham la ye..pergi sekali tak cukup, pokoknya selagi tak jejak kaki ke Malaysia, selagi tu probability nk kena pergi balik tanah abang tu sangat tinggi. Ok, yang ni berlaku kat saya sorang je mungkin. Hah, macam ada pakwe je dekat tanah abang tu kaaaan. So, sebab kena pergi banyak kali, saya dah adapt dengan tanah abang terutama part nak jimat semua.. jimat masa, jimat duit, jimat tenaga..ini sangat perlu!
Ok, yang ni semua tahu la kan. Perlunya cek-list untuk jimat masa dan tenaga mencari barang yang nak dibeli..kalau ada cek-list kan senang, direct je terus cari barang yang nak beli, kalau dah tahu tempat lagi bagus..boleh juga jimat duit sekali tanpa ada barang opps-terbeli-la-pulak..happens to me all the time
2. Naik bas.
Jimat duit mungkin ya tapi jimat tenaga sangat meragukan..murah woo kalau naik bas, plus sekejap je (kalau tak jem), 15 minit dah sampai. Tapi part yang tak bestnya, kena jalan sikiiit sebab bas berhenti jauh sikiiiit dari tanah abang. Alaaa, apalah sangat, kata muda, korbankanlah tenaga muda tu sikit demi duit dan masa,hehe..dan jangan lupa jaga keselamatan barang-barang dan diri masa dalam bas tu, pick-pockets everywhere. InsyaAllah semua selamat je.
3. Tahu lokasi kedai.
Bagi yang first-timer impossible la kan nak tahu mana lokasi kedai-kedai unless tahu dari internet or ada bantuan dari informers yang ber'pengalaman' gituu~ Macam mana nak tahu lokasi kedai? Mintak kartu nama (business card) dari kedai yang dah pernah anda singgah dan berbelanja di situ yang yakin kalau datang lagi next time akan dapat harga murah dan kualiti yang memuaskan. Layanan dari peniaga tu pun mungkin lebih bagus since dia dah kenal kita, kalau dia ingat. Next time pergi takde la main rasa je lokasi kedai yang kita nak cari tu, hehe..dan jangan lupa tulis belakang card tu barang apa yang anda beli, nanti takde la pening fikir kedai tu jual apa..
4. Air Minum.
4. Air Minum.
Kemungkinan penat dan haus sangat tinggi, dan air mineral kat sana mahalnyaaaa~ *kedekut*. kalau rajin bawak la makanan sekali..haha
5. Pulsa dan Bateri Hp
Ini sangat penting terutama kalau pergi berkelompok. Kalau sesat kan senang, walaupun kadang-kadang line takde 
Wah, terpanjang la pulak..haha..Tips-tips ni berdasarkan pengalaman saya la ya, kalau ada yang boleh pakai tu gunalah, kalau tak, abaikan...
*sekotak barang dari tanah abang yang bakal dibawa pulang*
p/s : dulu banyak kali cakap tak sukaaaa pergi tanah abang..tapi last-last pergi jugak~
No comments:
Post a Comment