Tuesday, February 16, 2021

COMFORT FOOD

 Assalamualaikum w.b.t


Tadi masa drive hantar Faqih untuk appointment clinic, fikir nak masak apa tengah hari untuk anak ibu yang halus ni 😂. Berat Faqih tak cemerlang sangat tapi Alhamdullilah dia sihat saja, aktif walaupun tak boleh berjalan sendiri tanpa assistant. 

Balik kepada cerita asal - makanan. Tiba-tiba terkenangkan satu menu yang aku kira comfort food aku zaman kanak-kanak which is sebenarnya banyak, kalau nak dikategorikan dia boleh ikut zaman kot, haha.

Zaman sekolah dulu aku suka makan masakan ibu, obviously duh. Sebab membesar di rumah sampai darjah enam, then pindah duduk di asrama dan merata tempat lagilah sampai la dewasa ni. Balik rumah cuma waktu cuti saja. Makanan yang paling aku ingat zaman sekolah dulu ialah kari ikan tenggiri masakan ibu. Aku kira ni favourite aku sebab pernah ada karangan bahasa melayu yang aku karang cerita nya makanan kegemaran saya - kari ikan masakan ibu. Haha. Memori. Lepas zaman sekolah rendah tu jarang2 dapat rasa kari ibu. Kari ibu sedap sebab kuah dia tak banyak, pekat sikit, lagi sedap kalau makan dengan roti. wuuu, menggamit memori betul.

Zaman sekolah menengah pulak, aku paling ingat roti di salah satu bakeri di kuala berang, kedai sweden kot tak salah nama dia, roti blueberry. Sedapnya. Ada hari2 tertentu akan ada satu homeroom (ke kelab ea? tak ingat dah) ni yang akan ambik order roti, dan mereka kira jadi wakil beli roti ni. Aku make sure tak miss beli roti blueberry ni. Kalau keluar outing ke bandar pun aku akan singgah beli.

Lepas SPM, aku join kelas bahasa english di kota bharu, KEX. Nak ke sana aku kena naik bas dari rantau panjang. Then sampai di stesen bas kota bharu, aku jalan kaki je ke kelas. On the way nak ke kelas ada satu bakeri, aku tak ingat nama dia, tapi aku ingat salah satu roti kegemaran aku iaitu roti majerin kismis. Tiap kali pergi kelas aku akan singgah beli roti ni. Kadang tu pernah aku bawak balik makan di bakeri ibu 😂. Ibu okay je. Aku siap request ibu buat roti ni kat bakeri ibu tapi agaknya request aku tak terlayan, haha. 

Lepas tu banyak je  lagi makanan lain yang menggamit memori. Aku bukan jenis suka explore tempat semata2 untuk makan. Aku selalunya makan kat tempat yang sama je. Tapi yang paling jelas aku suka makan roti. Mungkin sebab aku membesar dengan roti ibu.


Monday, August 24, 2015

Kotoran Degil

Assalamualaikum w.b.t

Akhir-akhir ini aku ditugaskan untuk meng'hajar' atau mem'bersih'kan seorang calon SPM 2015. Jujur saja aku katakan, tugas ini bukanlah semudah yang aku bayangkan selama ini sebab aku tak pernah pun bayangkan akan menjadi nanny remaja 17 tahun itu. Tak perlu lah aku dedahkan identiti remaja tersebut kerana entri ini sedikit sebanyak merupakan keluhan aku tentang beliau. Hergh.

Sedikit sebanyak tugas ini banyak menyedarkan aku betapa besarnya jasa guru-guru yang telah mengajar aku selama ini. Kesabaran dan ketabahan yang dimiliki mereka memang luar biasa. Sebabnya belum pun dengan rasminya aku memulai tugas ini aku dah hilang sabar. HAHA. Tapi jujurnya, remaja ini memang keterlaluan. Aneh juga aku rasakan kerana tidak dapat aku bayangkan apa yang bermain di fikirannya. Mungkin terlalu banyak sehingga tidak ada ruang pun untuk memikirkan tentang pelajaran dan masa depan nya. Mungkin juga terlalu sedikit sehingga mencecah nilai sifar kerana merasakan mindanya terlalu berharga untuk didera dengan semua subjek-subjek tersebut.

Yang menjadi persoalannya adalah, sudahkan dia memikirkan hala tujunya setelah selesai SPM nanti? Adakah dia mahu menjadi seperti mayat hidup yang terus di gendong oleh orang tuanya? Makan bersuap, mandi dijirus, pakaian disarungkan. Sampai bila? 

Jelaslah, mendapat nilai yang cemerlang bukanlah menjadi fokus utama untuk remaja ini. Berjaya membantunya memegang pen pun sudah membanggakan aku. Nampak disitu level kedegilan remaja tersebut? Semoga Tuhan membantu aku, dengan kesabaran dan ketabahan yang super tinggi.

p/s : gigih mencari tips dan modul-modul yang boleh membantu aku untuk membantu remaja ini kembali ke panggal jalan. Tapi gayanya seperti aku yang bakal menduduki SPM tahun in.

Sunday, August 23, 2015

Penganggur Terhormat

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan yang memberikan nikmat kepada kita hamba Nya. Dah pun selesai pengajian untuk Ijazah Sarjana Muda Perubatan setelah 5.5 tahun ber'perang' sebagai seorang pelajar perubatan. Dah lama dah pun, baru je ada peluang nak ber'blog'. Penganggur pun busy juga..haha. 

Peringatan! Ini bukan resume untuk menjadi calon isteri maupun calon pembantu rumah.

Sebagai seorang pengaggur, kerja (eh, kerja ke?) aku melingkupi berbagai aspek kerja rumah seperti mencuci, menjemur, dan melipat pakaian, setelah itu menyusun kembali pakain tersebut ke dalam almari pakaian masing-masing (depends on how many people currently living in the house). Hal ini juga melibatkan aku untuk membantai kerja-kerja rumah yang lain seperti mengemas rumah, mencuci pinggan. Namun begitu, terdapat juga kerja yang sedaya upaya aku elakkan kerana bukan dalam skop kemahiran aku seperti kerja memasak. Aku terpaksa surrender untuk kerja itu bagi mengelakkan terjadinya hal-hal yang tidak diingini. 

Dan kerja aku tak berakhir disitu. Jika kedai ibu aku memerlukan khidmat buruh ekstra, maka aku akan dipanggil untuk turut serta mengerah keringat bagi mencari sebungkus roti sebagai alas perut. Kerja ini merupakan kerja favourite aku sebab bila-bila masa je aku boleh mengunyah roti-roti yang ada di kedai tersebut, baik saat duduk rehat sambil melihat Asiah membelai-belai kek hasil ciptaannya, maupun sambil mengira pembelian roti-roti pelanggan yang datang membeli. Pernah juga aku cuba untuk mereka cipta kek sendiri tapi warning untuk tidak memasak itu bukanlah hal yang main-main. Mujur saja tidak ada nyawa yang terkorban, Aku hanya mampu berhuhu saja. Namun, itu tidak mematahkan semangat yang membara ini. Aku insaf tapi tetap berikrar untuk mencuba nasib lagi jika keadaan mengizinkan.

Kerja sebagai buruh di kedai roti biasanya berakhir pada jam 9 malam. Setelah pulang ke rumah biasanya aku akan cuba untuk menghabiskan bacaan novel-novel aku yang tetunggak sejak zaman aku bergelar pelajar lagi. Hari aku berakhir dengan merencanakan percutian-percutian indah ke pulau-pulau cantik di Malaysia walaupun aku tahu itu cuma perancangan saja kerana hari-hari aku tetap akan berulang lagi pada esok hari.

Sekian, laporan yang tak berapa nak lengkap aku sebagai penganggur terhormat.

p/s ; sedang berusaha untuk menikmati hari-hari sebagai pengaggur.

Sunday, April 19, 2015

Talk

Assalamualaikum w.b.t


Kalau si husbeng tu luahkan apa yang dia tengah risaukan tak ada la si wife tu tefikir-fikir sampai cenggitu sekali.. Sometimes talking to each other would help to ease some worries, not just your worries but others too.

P/s : i'm not good at talking thus keeping it inside is what i'm good at. *sigh*

Sunday, February 8, 2015

Perpisahan

Assalamualaikum w.b.t


And its happen again. A goodbye.

Im not good at saying goodbye. Avoiding it is my speacialty. Because..it hurts so much and i'll end up crying and i hate that..urgh, not cool la wei..


“Never say goodbye because goodbye means going away and going away means forgetting.” 

― J.M. Barrie, Peter Pan

Well, seems like pak barrie here got a point *clap3*...but some says better to have a proper goodbye because it might be a last goodbye. We never know.

i dont wanna say goodbye,
for its the hardest thing to say,
its not just a farewell,
its like saying this is the end,
and start forgetting..
true, memories stay, 
but it will fades away,
someday..

just disappear,
for it might be the easiest way,

p/s : lets say till we meet again instead. who knows when and where, lets just hope we will :)


Monday, February 10, 2014

oh my aunty~

Assalamualaikum w.b.t

Okay, it's been a while isn't it? Since this is my 1st post of the year, i guess it is okay to wish happy new year to u my dear reader..Happy New Yeaaaaar! haha..Banyak nya post yang tertangguh..hoho..sungguh tidak manis anak dara yang malas, tapi malas hamba bukan sebarangan, malas hamba malas luar biasa, malas yang penuh alasan, alasan yang luar biasa juga..haha

So, this post is basically about my sarangserowo aunt's big day..her wedding! *teary-eyes* Finally! Alhamdulillah.. i manage to attend her wedding after a lot of hardship, dramas, tears, fake tears *seriously?YES i did!* and help of sarangserowo-chinggus *hugs*.. I had a short trip to my hometown, 3 days. That is more than enough, though i want more! 

My aunt is like a sister to me, since our age different is not that big, we do lots of things together, talk things together, like things together, hate things together. Sometimes she's the one whom i return to whenever i'm hiding from (read : sulking) my family *drama*..and now..she's married..i'm happy for her of course, but i'm a bit sad (read : afraid) please don't change, and please don't forget me (tamakkasihsayang) haha

And for the wedding, i have to say, its one of the happiest 3 days of my life EVER! To be honest, i don't really like wedding and gathering for there are lots of people, but family gathering is the best! Or maybe because i miss them dearly, the gathering seems more fun than ever..haha 

Bride and groom ;)

Anak dara and mak dara :D

Anak Dara and Mak Dara in action 

mak buyong and pak buyong..

That is my brother and sister-in-law..they are expecting a baby this April..i can't wait *grin* i'm gonna be an aunt soon..wohoo!

that's me and qaseh trying to act like bride and groom..haha

and i get to met this little friend of mine..my new cousin ;)

That last picture is my new lil cousin..she is such a cutie. Tiny. i barely hold her since she is very small, i'm afraid that i might hurt her..haha..padahal takot..that is my 1st time meeting her.

This 3 days trip is so worth it walaupun sekejap cuma..wuuu *crying* i miss them already..aku sempat singgah rantau panjang sekejap je, sekadar nak balik tidur je, pagi tu langsung berangkat balik jogja..nasib baik pagi tu sempat pergi pasar pagi sentap nasi kerabu..haha

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..terima kasih Tuhan beri aku kesempatan untuk ikut serta wedding ni, kesempatan untuk menjenguk family disana, kesempatan untuk 'charging' semangat dan motivasi..Alhamdulillah :)

p/s : untuk cikha yang disayangi, selamat menjalani kehidupan sebagai isteri dan semoga bertambah ramailah cousinku..haha.. semoga perkahwinan ini mendapat berkah dari-Nya dan semoga bercinta sampai syurga ;)

Wednesday, August 28, 2013

Cerita Hantu

Assalamualaikum w.b.t

Bukan tipe aku sebenarnya. Kalau ajak tengok movie, yang tu tiada langsung dalam pikiran. Tak tercalon pun walaupun sebagai pilihan terakhir. Bukan takut, cuma tak suka. Hodoh sangat. Hahaha. Cliche. Alasan saja.

Few days before ada ikut sahabat(s) tengok movie. Ikutkan saja sebab bukan selalu. Tapi dah setuju ikut baru tahu tajuk movienya apa. Last summer. Movie thailand. Duh. Mantap. Sepanjang movie ditayangkan aku peluk lutut rapat-rapat, tutup mata, tutup telinga. Bukan takut, hodoh sangat. Ish. Berapa kali nak cakap nih. Sakit-sakit badan aku lepas tu, hah. Macam orang habis exercise pon ada.

Moral of the story, jangan setuju dulu kalau orang ajak tengok movie, tanya movie apa, negara mana. Tu pun nak kena ajar ke. Hah. *jentik jendul*