Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan yang memberikan nikmat kepada kita hamba Nya. Dah pun selesai pengajian untuk Ijazah Sarjana Muda Perubatan setelah 5.5 tahun ber'perang' sebagai seorang pelajar perubatan. Dah lama dah pun, baru je ada peluang nak ber'blog'. Penganggur pun busy juga..haha.
Peringatan! Ini bukan resume untuk menjadi calon isteri maupun calon pembantu rumah.
Sebagai seorang pengaggur, kerja (eh, kerja ke?) aku melingkupi berbagai aspek kerja rumah seperti mencuci, menjemur, dan melipat pakaian, setelah itu menyusun kembali pakain tersebut ke dalam almari pakaian masing-masing (depends on how many people currently living in the house). Hal ini juga melibatkan aku untuk membantai kerja-kerja rumah yang lain seperti mengemas rumah, mencuci pinggan. Namun begitu, terdapat juga kerja yang sedaya upaya aku elakkan kerana bukan dalam skop kemahiran aku seperti kerja memasak. Aku terpaksa surrender untuk kerja itu bagi mengelakkan terjadinya hal-hal yang tidak diingini.
Dan kerja aku tak berakhir disitu. Jika kedai ibu aku memerlukan khidmat buruh ekstra, maka aku akan dipanggil untuk turut serta mengerah keringat bagi mencari sebungkus roti sebagai alas perut. Kerja ini merupakan kerja favourite aku sebab bila-bila masa je aku boleh mengunyah roti-roti yang ada di kedai tersebut, baik saat duduk rehat sambil melihat Asiah membelai-belai kek hasil ciptaannya, maupun sambil mengira pembelian roti-roti pelanggan yang datang membeli. Pernah juga aku cuba untuk mereka cipta kek sendiri tapi warning untuk tidak memasak itu bukanlah hal yang main-main. Mujur saja tidak ada nyawa yang terkorban, Aku hanya mampu berhuhu saja. Namun, itu tidak mematahkan semangat yang membara ini. Aku insaf tapi tetap berikrar untuk mencuba nasib lagi jika keadaan mengizinkan.
Kerja sebagai buruh di kedai roti biasanya berakhir pada jam 9 malam. Setelah pulang ke rumah biasanya aku akan cuba untuk menghabiskan bacaan novel-novel aku yang tetunggak sejak zaman aku bergelar pelajar lagi. Hari aku berakhir dengan merencanakan percutian-percutian indah ke pulau-pulau cantik di Malaysia walaupun aku tahu itu cuma perancangan saja kerana hari-hari aku tetap akan berulang lagi pada esok hari.
Sekian, laporan yang tak berapa nak lengkap aku sebagai penganggur terhormat.
p/s ; sedang berusaha untuk menikmati hari-hari sebagai pengaggur.
No comments:
Post a Comment