Monday, August 24, 2015

Kotoran Degil

Assalamualaikum w.b.t

Akhir-akhir ini aku ditugaskan untuk meng'hajar' atau mem'bersih'kan seorang calon SPM 2015. Jujur saja aku katakan, tugas ini bukanlah semudah yang aku bayangkan selama ini sebab aku tak pernah pun bayangkan akan menjadi nanny remaja 17 tahun itu. Tak perlu lah aku dedahkan identiti remaja tersebut kerana entri ini sedikit sebanyak merupakan keluhan aku tentang beliau. Hergh.

Sedikit sebanyak tugas ini banyak menyedarkan aku betapa besarnya jasa guru-guru yang telah mengajar aku selama ini. Kesabaran dan ketabahan yang dimiliki mereka memang luar biasa. Sebabnya belum pun dengan rasminya aku memulai tugas ini aku dah hilang sabar. HAHA. Tapi jujurnya, remaja ini memang keterlaluan. Aneh juga aku rasakan kerana tidak dapat aku bayangkan apa yang bermain di fikirannya. Mungkin terlalu banyak sehingga tidak ada ruang pun untuk memikirkan tentang pelajaran dan masa depan nya. Mungkin juga terlalu sedikit sehingga mencecah nilai sifar kerana merasakan mindanya terlalu berharga untuk didera dengan semua subjek-subjek tersebut.

Yang menjadi persoalannya adalah, sudahkan dia memikirkan hala tujunya setelah selesai SPM nanti? Adakah dia mahu menjadi seperti mayat hidup yang terus di gendong oleh orang tuanya? Makan bersuap, mandi dijirus, pakaian disarungkan. Sampai bila? 

Jelaslah, mendapat nilai yang cemerlang bukanlah menjadi fokus utama untuk remaja ini. Berjaya membantunya memegang pen pun sudah membanggakan aku. Nampak disitu level kedegilan remaja tersebut? Semoga Tuhan membantu aku, dengan kesabaran dan ketabahan yang super tinggi.

p/s : gigih mencari tips dan modul-modul yang boleh membantu aku untuk membantu remaja ini kembali ke panggal jalan. Tapi gayanya seperti aku yang bakal menduduki SPM tahun in.

No comments:

Post a Comment