Sunday, October 28, 2012

rindunya~

warning! : post ini mengandungi unsur-unsur yang merbahaya terutama bagi mereka yang jauh dari kampung halaman dan mereka yang mempunyai perut yang kosong lagi berkeroncong. Sila elakkan diri dari membaca post ini sekiranya anda tergolong dalam golongan mereka-mereka tersebut.

Assalamualaikum w.b.t

Dah baca warning? Jangan ambil ringan, ini serius. kalau belum sila baca lagi. Jangan nanti ada yang salahkan saya pulak..

Selamat hari raya aidil adha! Raya kat jakarta lagi tahun ni..rindu kat Malaysia pun berton-ton lew, lagi-lagi bila terkenangkan aktiviti wajib raya korban kat kampung di pasir puteh..berkumpul, berbbq, borak-borak, gosip-gosip (nonono, tak baik, jangan tiru!), ketawa, gaduh, bergambar..aduh, saya jeles dengan anda yang pulang beraya di kampung! sila bersyukur peliss! saya kerinduan disini..Tahu apa yang buat saya rindukan rantau panjang? 

donut zaini kaferia!
Donut itu! yang gebu dan garing tapi lembut di dalam, enaknya apatah lagi kalau makan panas-panas. rindunya donut ibu~ nyam-nyam, dah buat tapi rasanya tak sama *sigh*

cendol!
Cendol yang wajib beli kalau balik RP, kalau tak nanti terkenang-kenang, tidur tak lena mandi tak basah *amboih* rasa lemak santannya, manisnya, sejuknyaaa..nom nom, dapnyee~ kat jakarta ada tapi tak sama..

Aiskrim baba!
Erm, bukan selalu beli tapi sekali beli nak lagi..rindunya! rindu aiskrim, bukan rindu baba. hehe

sambal goreng!
Ini yang paling rindu amat sangat. favorite! sambal goreng ibu, jumpa time raya je atau bila ada yang request..yang dalam gambar tu saya buat, tapi rasanya tak sama, tapi tapi okla, dapat telan..wuwuwuuu

cukup la kot, sebelum saya letak semua gambar yang ada dalam folder saya, sebelum perut saya bergelora. meronta-ronta minta diisi, haha

p/s : rindu lebih pada mereka yang disana. selamat hari raya! :)

No comments:

Post a Comment