Monday, March 26, 2012

Cinta Dia, cinta hakiki

Assalamualaikum w.b.t

termenung..
mendengar, melihat dan meneliti, 
apa yang cuba disampaikan 
dari tingkah itu, 
dari kata-kata itu,

dah tahu hati itu rapuh sifatnya
masih juga mahu diberi pada yang menyakiti
yang tidak tahu menghargai..
resah, gelisah
tak ada jawapan yang pasti
realiti, semuanya fitrah
mahu dicintai, mahu mencintai..

serah saja hati itu pada pemiliknya
yang asal, yang asli, yang hakiki
cinta yang pasti, pasti dan hakiki
resah yang tadi, gelisah yang menghantui
pasti hilang
dengan adanya cinta dari Dia
cinta hakiki..cinta Illahi



Ya Allah, Ya Rabbul Izzati, Tuhan pemilik segala hati..
peliharalah hati kami, agar terus bermujahadah dalam meraih cinta dan redha-Mu

p/s : harus kuat! Realiti dunia lebih menakutkan dari yang dibayangkan

No comments:

Post a Comment