Assalamualaikum wbt.
19 Mei 2011 : Ingat tarikh ni? Pagi-pagi dah kelam kabut sebab bangun-bangun nampak Haroro tengah bersalin. Ya Allah! Mahu tak kalut. Haha. 7 ekor selamat dilahirkan. Masa ni semua nampak sama saja, merah. Tak dapat nak bezakan.
Seminggu kemudian, semua dah mula nak tumbuh bulu. Ade warna putih, coklat hitam, warna macam Haroro pun ada. Tapi. Ada satu trajedi yang terjadi. Ok, taknak cerita detail tentang tu. yang pasti, nyaris meragut nyawa Haroro. Kalau lambat tengok sikit je komfem arwah semua. sayangnya, tak semuanya selamat. Hanya Haroro dan 3 babies yang terselamat. But then, sehari selepasnya seekor lagi menyusul pergi. So, totalnya ada 3 ekor termasuk Haroro.
Sebulan selepasnya, dah tumbuh bulu dah. satu warna macam Haroro, and i named him Dobby. Satu warna putih, named Bront. Tapi Bront nampak pelik, macam tak sempurna, tak macam Dobby. Bront macam alien masa tu. Dah la putih, mata merah, kurus, kecik. Bila saya pegang je dia gigit. Masa ni pasrah je, kalau Bront menyusul ikut adik-adik dia yang lain saya redha.
*Bront usia sebulan*
Thats when i decided to give him vitamin. Tambah selera makan sebab dia kurang makan. dan hasilnya...
*makan-makan dan jadi comel :)*
Sejak tu, kerja dia makan, tidur dan main wheel juga. senang hati tengok dia makan dan main wheel. Dah usia dua bulan barulah dia normal macam hamster lain. So, Bront ni kiranya lambat sebulan dari abangnya, Dobby.
Bront pun membesar..
dan membesar..
*body dah takde shape dah -__-''*
17 Mac 2012 : Bront nampak pelik. Dia tak makan. Asyik tidur saja. macam dia mula-mula dulu. kecuali dia tak gigit. Dan dia sangat sangat sangat kurus. Terasa sangat beza berat dia yang kurang dari sebelumnya. I now something is wrong and i know something is going to happen.
18 Mac 2012 : Pagi-pagi bangun terus terjah cage Bront. Tengah minum air. Lega. Saya pindah cage Bront ke dalam bilik, dekat meja study. Sambil study sambil jeling sebelah. tengok Bront buat apa. Petang tu saya luangkan masa main dengan dia. keluarkan dia dari cage dan biar dia ronda-ronda atas meja study. Tak selincah dulu. Nampak sangat lesu.
*tido. popcorn kat sebelah pun diabaikan*
*mata dia berair..macam menangis*
Malamnya. Rasa tak sedap hati. Mata aku tak lepas dari pandang Bront. Dia tidur, bangun beralih tempat dan tidur lagi. Ulang benda yang sama. Sampai dia tak bergerak lagi dah. Yup, langsung tak. Jam 2040. Saya ambil tisu, saya bungkus dia elok-elok dan simpan balik dalam sangkar. Esoknya baru saya tanam, kat rumah Alma. Dengan kawan-kawan dia yang lain :')
Untuk sayang saya, Bront : walaupun sekejap saja, terima kasih sebab hadir dalam hidup ni. terima kasih sebab ceriakan hari-hari saya. walaupun saya bukan kawan yang baik, tak selalu beri perhatian. Good Bye Bront. Kawan saya, kesayangan saya, hero saya <3 <3
tanpa disedari, mata bergenang air..
ReplyDeletecuba ditahan agar tak gugur jatuh ke pipi..
sahabat, yg hidup pasti akan mati..
yg datang pasti akan pergi..
dan setiap pertemuan akan ada perpisahan..
lumrah alam~
buat bront,
terima kasih sbb hadir dalam hidup sahabat saya..
masih saya ingat betapa gelabahnya dia bila haroro beranak..
dan sahabat saya jadi 'nenek'
semoga segala jasa baik sahabat saya, menjadi benih pahala di sana nanti.. ;)
yup, itulah kehidupan..lumrah,
Deletepengalaman2 :)