Friday, March 15, 2013

I.K.H.L.A.S

Assalamualaikum w.b.t

"Aku ikhlas nak sedekahkan 10sen ni untuk kau."
.
.
.
"Ambil je selipar tu, aku ikhlas ni nak bagi kau."
.
.
.
"Tadi aku termasak lauk lebih, ambil la, aku bagi kau, habiskan pun tak ape, aku ikhlas sepenuh jiwa dan raga aku."


Ayat last tu macam perli kan, macam kasik tapi tak nak kasik je, haha.. Ok, tu bukan point yang saya nak sampaikan kat sini. Selalu saya dengar ikhlas ni pada yang memberi saja, bukan tak pernah dengar tapi jarang-jarang saja saya dengar orang cakap ikhlas menerima sesuatu tu. So, bila saya dengar orang kata..

"Cuba la kau ikhlas sikit terima homework yang cikgu kasik ni."

Eh, nak terima pun kena ikhlas ke? hehe

"Membersihkan niat beribadah semata-mata untuk mendapatkan ridha Allah, HANYA redha Allah."
.
atau dengan kata lain,
.
"Menujukan hidup untuk tunduk dan patuh HANYA kepada Allah."

Sekilas maksud ikhlas yang saya ambil dari buku Long Journey to Ikhlas karya Zaky Ahma Fahreza. Tapi apa yang menariknya, ikhlas itu merangkumi tiga kata iaitu SABAR, TAWAKAL dan SYUKUR.

SABAR dan TAWAKAL dalam menerima segala ketentuan Allah dengan lapang dada. SABAR untuk sesuatu yang sudah terjadi dan TAWAKAL untuk sesuatu yang belum terjadi. Manakala SYUKUR pula adalah menggunakan segala nikmat yang diberikan Allah SWT untuk kebaikan.

Itulah sebenarnya macam mana ikhlas berperan dalam kehidupan. SABAR atas segala yang telah terjadi dan TAWAKAL atas segala kemungkinan yang belum terjadi. Dan berprasangka baiklah dengan Allah SWT. Makanya tenteram la hati, hilanglah rasa risau, resah gelisah, gundah gulana yang ada dalam diri. 
"Duhai Rabb yang Maha Hidup! Duhai Rabb yang Maha Berdiri Sendiri! Dengan rahmatMu aku meminta pertolongan. Perbaikilah segala urusanku, dan janganlah Engkau serahkan (urusan-urusan itu) kepada diriku sendiri walau hanya sekejap mata." (HR. Al-Hakim)
Disitulah ikhlas hadir. Jiwa akan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT, tunduk dan patuh HANYA kepada Allah SWT. Mentality kita akan lebih terjaga, kuat dan yakin bahawa ada jalan keluar bagi setiap masalah.

Menarikkan :) Macam mana dengan hanya ikhlas boleh mengubah kehidupan seseorang, mengubah sikap, cara pandang dan cara pemikiran seseorang terhadap suatu permasalahan. Makanya, Ikhlaskanlah diri dalam menerima sesuatu masalah.
"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (QS. Ath-Thalaq [65 : 2-3] ) 
 

p/s : jom ikhlaskan diri terima 'homework' yang Dia bagi ;) 

1 comment:

  1. ikhlaskan hati ini ya Allah
    sabarlah hati, terima dugaan dan ujian ini..
    insyaAllah..aku akan cuba untuk ikhlas :')

    ReplyDelete